EKSPERIMEN! Setiap kata-kata itu adalah DOA
Kita
telah banyak membincangkan di dalam blog ini tentang pergerakkan tarik
menarik antara frekuensi positif dan negatif dan tenaga-tenaga berbentuk
negatif dan positif melalui apa yang kita cetuskan
melalui pemikiran kita dan menghasilkan cetusan itu dalam bentuk
realiti kehidupan kita. Mahu atau tidak, kita tidak dapat lagi memandang
remah akan apa jua tindakkan kita walau sekecil mana pun kerana
'everything matters' (Sila semak artikel tentang Butterfly Effect).
Juga, jika anda masih ingat, saya pernah cuba membuktikan kesinambungan
Definisi Tenaga di dalam Hukum Fizik yang tidak lari dari apa yang
dijanjikan Allah terhadap perlindungannya pada Kitab Suci Al-Qur'an
(Sila semak artikel Al-Qur'an dan tenaga. Dari sini kita dapat memahami
bahawa kata-kata itu amat wajar kita berikan perhatian yang mendalam
sebelum kita melontarkan sebarang kata-kata yang akhirnya membuatkan
kita menyesal di kemudian hari.
Seperti pepatah Melayu: Kerana pulut, santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”
(HR. Bukhari-Muslim)
Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua penjelasan dari sebuah
eksperimen yang menyokong pepatah melayu lama dan juga Hadis Nabi S.A.W
diatas, sila ambil sedikit masa untuk membacanya:
Author: murnihati
Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif
Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan kata-kata yang Positif dan Baik.
Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-kata Negatif terhadap
Air yang ditulis dalam buku “The Hidden Messages in Water” karya Masaru
Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya
orang yang melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya :
1. Tempatkan sisa nasi yang sudah didiamkan semalaman ke dalam 2 botol dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.
2. Setiap botol di labelkan yang berisi kata-kata.
3. Botol A : “Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku
Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu,
I LOVE YOU, Terima Kasih.
4. Botol B : “Kamu Bodoh, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku gila tidak mau dekat dekat kamu”
5. 2 Botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering
dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu untuk membaca label
pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.
6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :
Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat
sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak
sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Silalah mencubanya sendiri. Kalau di buku di katakan ada yang mencuba
dengan tiga botol dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias
diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyata beras dalam botol yang
diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata
” Kamu Bodoh”.
Bayangkan apa yang akan terjadi dengan
anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan
orang-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling
kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran
yang berasal dari fikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat
kepada mereka.
Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana
dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian juga
kendalikanlah cara pemikiran timbul dalam batin kita.
Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.
Inilah antara sebab kenapa kita digalakkan untuk bercakap perkara yang
baik-baik sahaja dan menghindar perkataan yang buruk. Semua benda
disekeliling kita ada tenaga@aura tersendiri, semuanya terletak pada
diri kita untuk bagaimana tenaga@aura itu berada dalam keadaan positif
atau negatif.
Doa adalah senjata orang mukmin, dalam apa saja
keadaan dan perbuatan kita sebagai Muslim, kita disarankan untuk
sentiasa berdoa memohon yang baik-baik. Dari sekecil-kecil perkara
hinggalah sebesar-sebesar perkara. Nak ke tandas pun disaran berdoa, nak
makan, nak pakai baju, naik kenderaan, nak kaya, nak tenang, semua ada
doa dan kata-kata indah yang diungkapkan, semuanya positif.
Wallahua'lam
SUMBER : http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/11/setiap-kata-kata-itu-adalah-doa.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar