SAINTIS AMERIKA MENDAPATI PUASA DAPAT MENGELAKKAN OTAK DARI MENGECUT !!
Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali
seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada
mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.
Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.
Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara
500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000
kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).
Ia menurunkan
tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol
‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal
bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Ketua
Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor
Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh
melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan
Parkinson.
Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal
Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk
diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.
Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan
kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.
Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai
kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan
yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh
meningkatkan risiko kanser. – Agensi
sumber : http://mynewshub.my/2012/07/20/saintis-amerika-mendapati-puasa-dapat-mengelakkan-otak-daripada-mengecut/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar